PKKsabah - Blog Komuniti Jabatan Perdagangan

        
Selamat Datang ke PolikkJP.blogspot.com <> Blog Komuniti Jabatan Perdagangan ----------------- Welcome To PolikkJP.blogspot.com <> Community Blog for Commerce Department of Polythecnic Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. ---------- Maju Bersama Teknologi Ke Arah Malaysia Berindustri : Advance With Technology Supporting Malaysia's Industry

Waktu Malaysia

Pautan Menu
 Menu Utama JP :
 Laman Utama
 Pengenalan
 Kursus
 Senarai Modul
 Kelayakan
 Berita
 Organisasi
 Senarai Pensyarah
 Forum
 Koleksi Artikel
 Carian
 Senarai Topik
 Galeri Gambar
 Forum :
 Seksyen Admin
 Akaun Anda
 Mesej Peribadi
 Keahlian :
 Senarai Ahli
 Akaun Anda
 Mesej Peribadi
 Komuniti :
 Forum
 MaklumBalas
 Beritahu Rakan
 Pautan Web
 
 Download
 
 Stats :
 Statistik
 Top 10
 Kaji Selidik
 Dokumen :
 Sections
 Isi Kandungan
 FAQ
 Pandangan
 Encyclopedia
 KELAB JP :
 Pengenalan
 Aktiviti
 FAQ
 Pandangan
 Encyclopedia
Kotak Masej
Browser Info

Harapan Kami

Firefox Browser. Make the switch now. It's FREE.

Add to Technorati Favorites
FEEDJIT
Radio Online
MAJLIS MENANDATANGANI MoU DI ANTARA PKK DENGAN UBS CORP.
Monday, November 10, 2008

Written by Suzana Bt Albaik
Tuesday, 04 November 2008
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perdagangan akan mengadakan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU ) dengan pihak User Business System Corp. (UBS), sebuah syarikat pengeluar perisian perakaunan.

Majlis akan berlangsung di antara Tuan Pengarah PKK, En. Mustafar Kamar b. Ujang dengan En. KK Leong ( Head of Training Department, UBS Corp ). Majlis bersejarah ini akan diadakan pada 6 November 2008 di Auditorium ULPL.


Diharapkan dengan termeterainya MoU ini, akan memantapkan lagi kerjasama kedua-dua pihak ke arah memberikan kemahiran yang lebih berkualiti dan terkini kepada pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan khususnya.

Last Updated ( Tuesday, 04 November 2008 )


Business Cards






Labels:

posted by Cikosan @ 11/10/2008 11:47:00 PM  
Ucapan Pengarah
Thursday, October 30, 2008

ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA


Selamat datang ke Laman Web Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) adalah politeknik ke-7 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Atas faktor perubahan semasa kini, bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Jarak dengan Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 24 kilometer dan mudah dihubungi.

Sejarah awal operasi politeknik yang berada lebih kurang 24 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah di Sekolah Menengah Teknik, Likas pada pertengahan tahun 1996. Selepas itu berpindah di sebuah bangunan komersial sewaan di Pekan Inanam, pada tahun 1999. Kini, PKK beroperasi sepenuhnya di kampus tetap yang terletak di kawasan strategik iaitu Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), mulai 1 September 2003. Kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas pembelajaran ini, boleh menampung seramai 5,000 orang pelajar pada satu-satu masa.

PKK kini beroperasi setanding dengan politeknik-politeknik KPTM yang lain dengan tujuan merealisasikan wawasan negara iaitu untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional. Hal ini adalah selaras malah termaktub dalam kenyataan misi politeknik-politeknik KPTM itu sendiri.

Dari mula politeknik ini ditubuhkan, usaha dan tumpuan telah diberikan terhadap segala perkara berkaitan pengurusan, terutama sekali dalam kegiatan utama iaitu proses pengajaran dan pembelajaran supaya berada pada tahap tertinggi. Atas semangat dan usaha gigih ini, PKK akhirnya berjaya menerima Persijilan MS ISO : 9001 : 2000 – Quality Management Systems Requirements oleh SIRIM QSA International Sd. Bhd. Pada 5 Disember 2007.

Pada masa ini, PKK menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma. Jabatan- jabatan yang menwarkan kursus berkenaan ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Perdagangan.

Selain diterapi dengan pelbagai disiplin ilmu di bilik-bilik kuliah, para pelajar juga didedahkan dengan satu latihan amali. Latihan di lapangan ini dikenali sebagai Latihan Industri yang diadakan pada setiap semester kedua dan ketiga terakhir, sama ada di agensi-agensi kerajaan ataupun swasta. Hal ini bermakna, selepas tamat latihan berkenaan, mereka akan meneruskan kembali pengajian. Untuk pelajar di peringkat sijil ialah pada semester akhir manakala pelajar
diploma pada semester keempat.

Dalam hubungan ini, PKK terus bertekad untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, PKK sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sebagaimana komitmen dan perakuan dalam persijilan kualiti berkenaan.

Justeru, dengan komitmen seluruh warga politeknik dan sokongan bersama masyarakat, Insya-Allah PKK mampu muncul dan berada sebaris sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terunggul.

Business Cards


posted by Cikosan @ 10/30/2008 11:32:00 AM  
Futsal Jabatan Perdagangan 2008
Sunday, May 04, 2008



PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDAGANGAN

SHOOT AND GOAL!!!!

ANJURAN KELAB JABATAN PERDAGANGAN


Kelab JP akan mengadakan pertandingan Futsal dan terbuka kepada semua pelajar Jabatan Perdagangan. Setiap kursus akan diwakili oleh dua (2) pasukan masing-masing lelaki dan perempuan.


Tarikh : 17 Mei 2008 (Sabtu)

Tempat : City Futsal Rampaian, Menggatal.

Yuran : RM 40.00 setiap pasukan


Sila dapatkan borang penyertaan daripada mereka

SARMAN B. KAMA (DPR 6)

ZURAIDAH BT. HASSAN (DAT 6)


Hadiah (Lelaki)

Pertama : Hamper RM 100, Baucer 3 jam, Sijil

Kedua : Hamper RM 80, Baucar 2 jam, Sijil

Ketiga : Hamper RM 60, Baucer 1 jam, Sijil


Hadiah (Perempuan)

Pertama : Hamper RM 100 dan Sijil

Kedua : Hamper RM 80 dan Sijil

Ketiga : Hamper RM 60 dan Sijil


Download : Borang penyertaan (WinOffice2003 - Doc)


posted by Cikosan @ 5/04/2008 03:42:00 PM  
Kata-Kata Motivasi
Friday, May 02, 2008


TERTAWA

Sekali tertawa pusing kepala hilang.

Dua kali tertawa bencipun sirna.

Tiga kali tertawa persoalan lari.

Empat kali tertawa penyakit sembuh.

Lima kali tertawa jadi awet muda.

Enam kali tertawa hati penuh sukacita.

SENYUM

Sekali senyum curiga hilang.

Dua kali senyum jadi sahabat.

Tiga kali senyum hati penuh damai.

Empat kali senyum beban jadi ringan.

Lima kali senyum rezeki datang.

Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI

Hati yang gembira adalah obat yang manjur.

Hati yang keras menemui jalan buntu.

Hati yang lembut mendatangkan sahabat.

Hati yang loba menciptakan perangkap.

Hati yang bersih menjauhkan masalah.

Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH

Sekali marah Sukacita hilang.

Dua kali marah Akal sehat terbang.

Tiga kali marah Tekanan darah naik.

Empat kali marah teman-teman pergi.

Lima kali marah Jadi cepat tua.

Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

BANYAK Dalam hidup ini...

Berdoalah yang banyak, agar hati tenang.

Taburlah yang banyak, agar menuai banyak.

Bertanyalah yang banyak, agar ilmu bertambah.

Bacalah yang banyak, agar jadi lebih bijak.

Lihatlah yang banyak, agar tambah pengalaman.

Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.

Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.

Kerjalah yang banyak, agar tidak kekurangan dan...

banyaklah humor, agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT

Dalam hidup ini...Kerja hati-hatilah sedikit, agar luput dari celaka.

Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.

Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.

Ada persoalan tenanglah yang sedikit, agar tidak salah langkah.

Dalam pergaulan senyumlah sedikit, agar banyak kawan.

Kalau makan pantanglah sedikit, agar tidak kena stroke.

Sama lingkungan pedulilah sedikit, agar dapat jadi berkat.

Kalau bertindak berimanlah sedikit, agar diberkati Tuhan.

Dan...jadi orang cincai-lah sedikit, agar tidak stress.



KURANGI & PERBANYAK

Dalam hidup ini...

Kurangi ucapan yang mendendam,

perbanyak ucapan yang mengasihi. Kurangi kata-kata yang mengejek,

perbanyak kata-katayang menghargai.

Kurangi kata-kata yang melemahkan,

perbanyak kata-kata yang mendorong.

Kurangi perkataan yang menolak,

perbanyak perkataan yang memperhatikan.

Kurangi kata-kata kritik,

perbanyak perkataan yang membangun.

Kurangi kata-kata yang sia-sia,

perbanyak kata-kata yang mendatangkan inspirasi.

Kurangi kata-kata yang kasar,

perbanyak kata-kata yang lemah lembut.


posted by Cikosan @ 5/02/2008 11:41:00 AM  
Malam Penghargaan Jabatan Perdagangan
Friday, April 25, 2008







posted by Cikosan @ 4/25/2008 10:51:00 PM  
Makluman

Written by Jumriani Bt. Nongkang
Monday, 31 March 2008

MAKLUMAN PAPARAN DRAF 1 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR

Draf 1 Jadual Peperiksaan Akhir Akan Dipaparkan Untuk Makluman Semua Pelajar.

Tempoh Paparan : 31 Mac 2008 hingga 18 April 2008
Tempat Paparan : Notis Board Jabatan Masing-Masing
Pelajar Perlu Pastikan:
  • Tiada Pertindihan Waktu Peperiksaan Bagi Modul-Modul Yg Diambil
  • Semua Modul Yang Didaftar Pelajar ada Disenaraikan (Rujuk salinan borang Pendaftaran modul)
  • Bilangan Calon Untuk Modul Yg Berkaitan Adalah Mencukupi (Perhatian Kepada Pelajar Yang Mengulang Modul – CM)
  • Lain-lain (cth terlibat kursus @ pertandingan mewakili Politeknik Kota Kinabalu, masalah-masalah berkaitan)
Sebarang maklumat berkaitan @ pertanyaan, Sila berhubung dengan Penyelaras Peperiksaan Jabatan

(DALAM TEMPOH 31 Mac 2008 hingga
18 April 2008)

JP – CIK SUHAILA BT MAT NOR & EN BINUWIL

Daripada

UNIT PEPERIKSAAN
Last Updated ( Monday, 31 March 2008 )
Sumber : Polikk.edu.my


Iklan
Surat Khabar
NST FrontpageThe Star Frontpage
Previous Post
Undian - Poll
Gallery
Malam Penghargaan JP - View all album.
Archives
Quick Links
Powered by

BLOGGERBLOGGER

Disclaimer

This site is best viewed with Firefox at 1024 x 768. Copyright © 2008, CycloneX. All rights reserved. Therefore, you have no right to take any content.

All photographs are copyrighted to their original photographers (mainly admin). Redistribution of all graphics is strictly prohibited. All resources can be found on the Credits page.

© 2008 All Rights Reserved. PKKsabah - Blog Komuniti Jabatan Perdagangan is Powered by CycloneX
Sesuai dipapar menggunakan firefox versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768
.