PKKsabah - Blog Komuniti Jabatan Perdagangan

        
Selamat Datang ke PolikkJP.blogspot.com <> Blog Komuniti Jabatan Perdagangan ----------------- Welcome To PolikkJP.blogspot.com <> Community Blog for Commerce Department of Polythecnic Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. ---------- Maju Bersama Teknologi Ke Arah Malaysia Berindustri : Advance With Technology Supporting Malaysia's Industry

Waktu Malaysia

Pautan Menu
 Menu Utama JP :
 Laman Utama
 Pengenalan
 Kursus
 Senarai Modul
 Kelayakan
 Berita
 Organisasi
 Senarai Pensyarah
 Forum
 Koleksi Artikel
 Carian
 Senarai Topik
 Galeri Gambar
 Forum :
 Seksyen Admin
 Akaun Anda
 Mesej Peribadi
 Keahlian :
 Senarai Ahli
 Akaun Anda
 Mesej Peribadi
 Komuniti :
 Forum
 MaklumBalas
 Beritahu Rakan
 Pautan Web
 
 Download
 
 Stats :
 Statistik
 Top 10
 Kaji Selidik
 Dokumen :
 Sections
 Isi Kandungan
 FAQ
 Pandangan
 Encyclopedia
 KELAB JP :
 Pengenalan
 Aktiviti
 FAQ
 Pandangan
 Encyclopedia
Kotak Masej
Browser Info

Harapan Kami

Firefox Browser. Make the switch now. It's FREE.

Add to Technorati Favorites
FEEDJIT
Radio Online
Tips Cegah Jenayah!
Sunday, April 13, 2008


Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :

1. Jangan melawan atau jadi hero!

Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis

Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan

Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank

Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik

Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang

Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat

Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam

Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

9. Wanita dan beg tangan

Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan

Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri

Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda



posted by Cikosan @ 4/13/2008 12:06:00 PM  
Makluman

Written by Jumriani Bt. Nongkang
Monday, 31 March 2008

MAKLUMAN PAPARAN DRAF 1 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR

Draf 1 Jadual Peperiksaan Akhir Akan Dipaparkan Untuk Makluman Semua Pelajar.

Tempoh Paparan : 31 Mac 2008 hingga 18 April 2008
Tempat Paparan : Notis Board Jabatan Masing-Masing
Pelajar Perlu Pastikan:
  • Tiada Pertindihan Waktu Peperiksaan Bagi Modul-Modul Yg Diambil
  • Semua Modul Yang Didaftar Pelajar ada Disenaraikan (Rujuk salinan borang Pendaftaran modul)
  • Bilangan Calon Untuk Modul Yg Berkaitan Adalah Mencukupi (Perhatian Kepada Pelajar Yang Mengulang Modul – CM)
  • Lain-lain (cth terlibat kursus @ pertandingan mewakili Politeknik Kota Kinabalu, masalah-masalah berkaitan)
Sebarang maklumat berkaitan @ pertanyaan, Sila berhubung dengan Penyelaras Peperiksaan Jabatan

(DALAM TEMPOH 31 Mac 2008 hingga
18 April 2008)

JP – CIK SUHAILA BT MAT NOR & EN BINUWIL

Daripada

UNIT PEPERIKSAAN
Last Updated ( Monday, 31 March 2008 )
Sumber : Polikk.edu.my


Iklan
Surat Khabar
NST FrontpageThe Star Frontpage
Previous Post
Undian - Poll
Gallery
Malam Penghargaan JP - View all album.
Archives
Quick Links
Powered by

BLOGGERBLOGGER

Disclaimer

This site is best viewed with Firefox at 1024 x 768. Copyright © 2008, CycloneX. All rights reserved. Therefore, you have no right to take any content.

All photographs are copyrighted to their original photographers (mainly admin). Redistribution of all graphics is strictly prohibited. All resources can be found on the Credits page.

© 2008 All Rights Reserved. PKKsabah - Blog Komuniti Jabatan Perdagangan is Powered by CycloneX
Sesuai dipapar menggunakan firefox versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768
.